Monday, August 1, 2011

PUASA : Kanak-Kanak vs Dewasa

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan... =))

Now 12:42, oouchhhh tak sedar dah lunch time. Jom pegi makan!!! Hohohoooo... Ofis Honey dah tinggal beberapa kerat jer, yang lain dah kuar pegi mentekedarah. Hehehee... Ofis dah sunyi sepi, dah la sikit je Malay kat sini, especially my department. Since dah takde benda nak buat, Honey pun pegi bukak blog ni. Nak tulih sumting, atleast dapat ilangkan kebosanan dan kelaparan di bulan puasa yang mulia ini.

Ok balik kepada tajuk utama (iskkk dah jauh melencong Honey ni). Pasal perbezaan puasa time kanak-kanak dan dewasa (sekarang Honey remaja lagi ler....hehehee). Mesti korang ingat lagi kan macam mana puasa time kecik-kecik dulu... So kat sini Honey nak conteng-conteng sket experience during Ramadhan, bout 12 to 17years ago.... =p

Solat Tarawih dan Kawan-Kawan
Kanak-kanak: Time pegi tarawih dengan kawan-kawan saat paling besh. Kumpul ramai-ramai kat luar umah then gerak sama-sama pegi masjid. Time Honey kecik-kecik dulu, takde transport lagi, so jalan kaki dalam 20 to 30 minit, tak rasa penat pun. Hepi jer. Time balik dari tarawih, singgah dulu beli juice kat tepi jalan atau Shek-Shek (Ita betul ka spelling ni??) sambil usha-usha abang masjid yang hensem (si Rafi dan si comel). Hikhikkk =p

Dewasa: Dah tua-tua ni, pegi Tarawih sebab memang nak pegi. Niat memang nak beribadah kepada ALLAH SWT. Lagipun kalau pegi juz berdua or bertiga dengan member, takpun pegi dengan akak jer. Jarang pegi dengan parents sebab dorang kat Sabah, Honey lak jauh diperantauan ni. So dah tak fikir nak berseronok dengan rakan dan taulan. Yang tau, balik dari Tarawih, kena siapkan esemen yang berlambak (time study dulu). Sekarang lak, balik Tarawih, terus facebooking and twitter (berjumpa kawan-kawan di tenet je la).


Solat Tarawih dan Makan Free
Kanak-kanak: Yang ni lebey kurang jer dengan kat atas tu. Time tengah Solat Sunat Witir, dah tak khusyuk sebab terhidu bau makanan di belakang. Yummmy3x. Abeh jer pak Imam baca doa, sepantas kilat Honey pergi serbu. Makan laju-laju bcoz ustaz Hamzah(cikgu ajar ngaji) dah tunggu, nak Tadarus Quran lak pastu. Kadang-kadang Honey sampai lambat, tadarus dah start. Sebab time tu ada lauk beraneka pilihan yang enak dimakan, ustaz Hamzah dan kawan-kawan lain pandang semacam jer. Dengan muka innocent Honey amek tempat dan tanya member sebelah tu dah sampai page mana. Heheheee


Dewasa: Lepas Solat Tarawih je terus balik umah. TITIK dan TANDA SERU!


Solat Tarawih 8 Rakaat dan 20 Rakaat
Kanak-kanak: Dulu ingatkan Solat Tarawih wajib 20rakaat, baru SAH. Honey akan pandang semacam jer mereka-mereka yang solat sampai rakaat ke-8. Dan dalam hati mula cakap macam-macam. Then bajet bagus lettew bcoz solat sampai 20rakaat. Iskkk teruknya perangai Honey dulu. Tak sangka. Sowiiii =/


Dewasa: Baru tau, berapa rakaat pun tak kesah yang penting niat kita ikhlas. Dah dewasa ni baru solat Tarawih 8 rakaat (bcoz imam tu memang buat 8 rakaat jer). Hehehe.


Sebab berpuasa
Kanak-kanak: Korang zaman kanak-kanak puasa mesti sebab parents bagi ganjaran kan. Puasa sehari bersamaan dengan 10ringgit. Betul ker?? Hehehee. Honey tak, parents tak bagi ganjaran or janji apa-apa pun, Honey puasa sebab nak bersaing dengan kawan sepermainan. Nak lawan puasa siapa lagi banyak. Tapi kawan tu tak aci, sebab parents dia bagi ganjaran (anak orang kaya boleh la), Honey tak. Memang takkk aci. Hehehe. Tapi puji sket time kecik dulu, ble jer kalo nak tipu puasa, tapi tak buat pun. Felt guilty lak. So wanna say thanx to my beloved parents bcoz mendidik Honey, ajar puasa, solat, ngaji Quran dan jadi budak baik skema. Hehehe.. Itu dah lebih dari cukup daripada ganjaran RM10 sehari puasa. =)

Dewasa: Puasa sebab nak ganjaran pahala yang berlipat ganda. Lebih besar nilai dia dari dapat RM10 sehari. Tapi disebabkan wanita yang mempunyai tahap kesuburan yang tinggi, so memang sukar jugaklah nak dapat FULL puasa sepanjang Ramadhan tu. Tapi terima lah, kita wanita kan makhluk ciptaanNya yang sangat istimewa. Thanks Allah… =))


Pengisian Time Puasa
Kanak-Kanak: Time awal-awal puasa, memang tak tahan giler. Asyik tengok jam kat dinding jer (dolu-dolu Honey takdak jam tangan dan tak suka pakai jam tangan!!). Pastuh kalau lambat lagi berbuka, Honey akan pergi main paper doll, kat Sabah panggil ‘orang-orang’(my favret time kecik). Kalo dulu Honey memang tak suka tido siang. Tak tau la sebab apa. Then dolu-dolu, kalo dah dekat waktu berbuka, terus pegi dapur tengok mak masak apa, kalau boleh nak makan semua tapi, at last, hanya makan 20% jer dari juadah yang ada. Nikmat berpuasa.



Dewasa: Time study dulu, siang pegi kelas. Petang kuar bersama kawan-kawan cari makanan berbuka puasa kat Taman Pekaka, Nibong Tebal, Pulau Pinang, Malaysia. Tapi sekarang ni, siang keje menulis blog, petang kuar sorang-sorang mencari rezeki makanan di USJ 19, Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Sumtimes kalau dah malas sangat nak kuar, berbuka dengan roti dan kurma jer, kenyang jugak. Hehehee


Ramadhan berakhir. So??
Kanak-kanak: Yeyehhh puaca abis suda. Nda da suda puaca sampai tahun depan. Macam ni la time kecik-kecik dulu. Yang Honey tau juz puasa time bulan Ramadhan jer. Tak tau pun hari-hari lain boleh berpuasa. Tapi takpa, kanak-kanak lagi. Kan kan kan kan….=p

Dewasa: Ramadhan berakhir??? Dun worry, puasa 6 di bulan Syawal ada, puasa sunat Isnin dan Khamis ada, Puasa Asyura ada, puasa di bulan Rejab dan Syaaban ada. Kan banyak tu. Tapi depends dengan kita jer nak buat ke tak. =)


Bye Ramadhan, Hye Raya
Kanak-kanak: Puasa baru sehari, tapi dah tulis dekat buku kecik, jumlah puasa, berapa hari lagi nak raya. Takpun tick dekat takwim berbuka puasa tu, yang dapat dari supermarket dan masjid. Padahal kalau tak tulis pun masa tetap berjalan dengan lambatnya. Time Ramadhan nak sampai penghujung, rasa hepi tak terkata, tak payah bangun sahur, confirm tahan sampai malam. Heheh. Serious tak sabar nak tinggalkan bulan puasa ni. Nak kumpul dwet raya banyak-banyak. Rayaaaa!!! Yahuuuuuuuu!!!!


Dewasa: Baru jer masuk bulan Syaaban, dah ternanti-nanti Ramadhan yang bakal menjelma. Berkira-kira bila nak start Ramadhan. Tak sabar nak kumpul pahala banyak-banyak. Hihiii… Time Ramadhan dah sampai penghujung, rasa sayu jer nak tinggalkan bulan penuh Barakah ni. Kan besh kalau sepanjang tahun ni adalah Ramadhan. Time Maghrib 1 syawal tu, tak sedar air mata mengalir bersama dengan sinar Ramadhan yang terbenam di ufuk barat. =’)


Zaman kanak-kanak masa untuk belajar, dididik dan di asuh. Dah dewasa baru lah mendidik diri sendiri, serta tau 1001 makna dan kebaikan di sebalik Ramadhan.

Apa Kata Honey: Zaman kanak-kanak korang pulak macam mana??? =p











Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


8 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

comel jer honey isyqi...hehee

Anonymous said... Reply Comment

very nice entry - ada nama-

Anonymous said... Reply Comment

selamat berpuasa mem..

Anonymous said... Reply Comment

salam ramadhan utk awk juga ;)

TopiJerami90 said... Reply Comment

peh

Anonymous said... Reply Comment

suke..sempoi jer..:)

Anonymous said... Reply Comment

memory remains~
-DS-

Anonymous said... Reply Comment

sama je pengalaman awk dgn saya..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters