Wednesday, June 29, 2011

Salam Israk Mikraj - Batu Terapung Asli dan Palsu

Assalamualaikum... =))
Hari ini 29 June 2011, bersamaan 27 Rejab 1432 Hijrah merupakan ulangtahun peristiwa Israk dan Mikraj. Marilah kita sama-sama menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut yang menunjukkan bukti-bukti keagungan serta kebesaran ALLAH s.w.t. Peristiwa Israk Mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang seharusnya memberi keinsafan kepada umat manusia agar sentiasa mengingati ALLAH s.w.t dan takut kepada kekuasaanNya. Peristiwa ini juga sebagai satu anugerah tertinggi yang hanya dikurniakan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w - ianya tidak dikurniakan kepada makhluk lain sama ada malaikat, jin atau manusia.

Kisah Israk Mikraj Rasulullah s.a.w boleh baca kat SINI

Apabila cakap pasal Israk Mikraj ni, mesti u all terpikir pasal batu terapung kan. Tapi jangan tertipu bcoz kat internet banyak pictures palsu pasal batu ni. So kepada yang tak tau lagi, jom teruskan bacaan yer.

Berikut adalah pictures palsu about Batu Terapung atau Batu Tergantung tersebut


Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestin


Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah nampak?


Satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas?


Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Can u see it??


Teknik murahan sebenarnya.. Edit guna Photoshop.. hehee

So, where's the real Batu Terapung??? Berikut adalah pictures yang ASLI yang disebut dalam peristiwa Israk Mikraj tu.


The Real Batu Terapung


SOALAN:

Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu terapung (tidak berpijak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti? Pohon Dato’ perjelaskan apakah sebenarnya.

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din :

Tempat Rasulullah SAW Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah SAW bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa. Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.


Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung.
Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.


Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas

Batu Tersebut Diubahsuai
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya. Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia diubahsuai menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat.

Wallahu'alam.... =))


Apa Kata Honey: Salam Israk Mikraj semua. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada kisah ini. Selalulah berselawat kepada Nabi Muhammad SAW yang tercinta. =))


Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


0 Responses So Far:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters