This is an example of a HTML caption with a link.

Friday, December 30, 2011

Buat Bakal Imamku

Assalamualaikum... =))

Untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang ganas, kasar, manja, mengada, dan sebagainya....
Bersabarlah...Tabahlah... =)


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana..
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu..
InsyaALLAH =))




Apa Kata Honey: Waiting my Imam dengan penuh sabar... =)




Tuesday, December 20, 2011

Wahai Sahabatku Yang Kecewa =)

Assalamualaikum... =))

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.
Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…
Apa Kata Honey: Jadilah hambaNya yang sentiasa REDHA....AMIN =')




Saturday, December 17, 2011

Kebaikan Credit Card

Assalamualaikum...=))

Its Saturday... Lets go Shopping friends!!!!! heheheee.... Shopping and credit card memang tidak dapat dipisahkan lagi. Memang sangat besh bila kuar shopping tanpa perlu kuarkan tunai, juz swipe jer. What it called, KAD AJAIB. Macam citer Confessions of A Shopaholic gittewww...huhuhuu
Entry kali ni Honey nak pot pet sket pasal credit card. Ramai yang takut guna credit card bcoz telinga ni dah terbiasa dengar kes-kes orang muflis sebab kad ajaib tu. U all tau tak sebab apa jadi macam tu??? Sebab dorang tak gunakan credit card dengan bijak dan betul!!!
Actually banyak lagi kebaikan kot dari kekurangan credit card ni. Meh nak bagitau sket pendapat Honey pasal kad ajaib ni. Paling senang nak explain pasal Maybankkard 2 Gold Cards bcoz i already used this for almost 1 year. 
Hahh tu Gold Card dia. Bukan Platinum ok... Tak mampu lagi..Ceq baru keje setahun, last year im still student. Eh2 apa kaitan...Hahahahaaaa

Copppp.... jangan salah paham, Honey bukan orang yang berkepentingan dengan Maybank ataupun nak buat promotion. No no no... Juz wanna share sumting yang mungkin berguna untuk u all.... =))
This is da benefits of these cards. As you could see above, it offers a lot benefits which I think is the best credit card in the market at the moment...hihiii:
  • The benefits of two cards, Maybankard 2 American Express Card and Maybankard 2 MasterCard or Visa Card, in one sign up, one service tax, and one statement.
  • Enjoy a low Finance Charge of 8.88% p.a. on your outstanding retail balance, and save up to RM2300 a year. All you have to do is promptly settle your minimum payment of 5% or a minimum of RM25. Based on RM3,000 monthly spend with minimum repayment of 12 months
  • 5x TreatsPoints for every Ringgit spent on Maybankard 2 American Express Card and 1x TreatsPoint on Maybankard 2 MasterCard/Visa Card in Malaysia or anywhere else in the world.
  • 5% Weekend cash back when spend on Maybankard 2 American Express Card. A cap of RM50 per customer (Principal Cardmember) per month.
  • Enjoy lowest finance charge of 8.88% per annum on your outstanding retail balance. All you need to do is promptly settle minimum payment, 5% of the outstanding balance or a minimum of RM25. Maybank reserves the right to revise the Finance Charge as and when it deems necessary, with 21 days prior notice.
  • Lifetime Fee Waiver with complimentary supplementary cards.
Yang kat atas tu Honey curik dari Maybank page. Maybe yang tak pernah guna credit card tak paham apa maksud benda-benda kat atas tu. hehee

Meh nak xplain sket... Benda paling besh adalah mendapat 5% wiken cash back per month. Means kalo shopping RM 1000 time tu (5% from 1000 = RM 50), ble la dapat sket untuk belanja makan. Sapa nak bagi duet free kat kita wei???

Pastuh u all akan dapat 5x treats points untuk American Express (AMEX) dan 1x treats points tuk MasterCard. Means if u spent RM1000 (RM1000 x 5 = 5000 points). Banyak tuh. Kat sini i prefer to use AMEX bcoz of dis point. Masyukkkkkk....
So kalo points dah banyak, kawan-kawan ble la redeem service tax, barang-barang besh, takpun percutian yang besh.... Wahh Almost Paradiseeeee (iklan BOF sat)... Berbaloi-baloi kan....

Cakap pasal percutian, mesti ramai yang idamkan percutian luar negara. Sangat besh!!! Honey teringin sangat nak g Switzerland. OMG, what a nicest place, bila la dapat pegi...huhuhu... So yang ada credit card tak payah susah-susah nak convert duit, pegi money exchange. Swipe jer. Kad ajaib kan ada. hikhikkk

Then, klo ada credit card dan nak shopping beribu-ribu, tak payah susah-susah bawak bakul isi dwet yang banyak tu. Kena beratur panjang lagi nak kuarkan duit. Mana tau time tu nasib malang terus kena rompak. Iskkk jauhkanlah dari semua tu. AMIN... So point Honey kat sini, swipe is easy. kan?? Pastuh dapat lagi points...yeahhhhh...rely luv it.
Lagi satu kalo slalu outstation, credit card sangat diperlukan. Bayangkan u ada project site visit seharian, then kena attend one big-big meeting, then rasa penat dan tak larat balik umah. Sebagai langkah bijak u all pun pegi website AGODA (buk hotel kat sini murah..hihii), takpun mana-mana website tuk buking hotel use credit card. After meeting, balik hotel n rest dengan aman damai tanpa gangguan. Cool kan. Bcoz Honey pernah kena, pas penat bkeja pegi cari hotel, tapi semua fully booked. Huhhh sangat kecewa time tu. And one more thing, kalo u balik keje pukul 1 pagi, nak kuarkan dwet xble, cash pulak xdak, camne nak dok hotel?? So my answer is: Credit Card...=)

Untuk kes kat atas tu, credit card sangat berguna untuk on9 transaction. Nak book hotel, flite and macam-macam lagi. Pastuh sangat membantu di kala KECEMASAN....
Berbalik pada Maybankard 2 card, I know, mesti ada yang pikir camni, 

"Eh2 ada 2 kad, nanti kena bayar 2x service tax pulak".....No... Juz bayar 1 service tax untuk 2 cards tu kawan-kawan. =)

"Apsal nak ada 2 kad?? Satu kad cukup la. Tamak betul".....Actually bukan semua tempat boleh swipe AMEX, so in dis situation, u still can us ur MasterCard. Still dapat point tapi tak sebanyak AMEX la. But   no worries my dear friends, most of places terima AMEX dengan seadanya. =)

"Alaa...still ada interest 8.88%...ermmm rugi ja".... Helo helo helo.... Interest tu akan dikenakan kalo u all tak bayar utang credit card dalam bulan tu, means ur statement balance. Tapi kalo u all bayar abeh, takde la interest ok.

"Tadi Honey bagitau kena guna Credit Card dengan betul, macam mana tu, cer cite cer cite??".... Jawapan tuk soalan ni kena buat perenggan baru. Banyak nak citer ni....hikhikkkkkk =p

Penggunaan Credit Card Yang Betul

Benda paling penting yang u all kena pegang adalah berbelanja ikut kemampuan. Means kalo dalam bank ada RM5000, jangan la g shopping sampai RM7000. Melainkan ada orang yang sanggup bayarkan credit card u all...hihihiiii.. Perlu diingat, lepas swipe credit card u all kena BAYAR BALIK tau!!! BAYAR BALIK!!!

So kat sini Honey nak tekankan yang u all kena berdisiplin dalam proses pembayaran balik.

Every month u all kena tetapkan dalam diri dan sanubari untuk bayar habis Statement Balance. Make sure bayar b4 due date tu. Kalau tak u all akan dikenakan interest. Ramai yang ambil mudah, juz bayar Minimum Balance bcoz nak selamat, atleast dah bayar minimum, so pihak bank tak call la. Silap besar yer my dearest friends, utang tu akan bertambah-tambah dari masa ke semasa bcoz of interest. Melainkan u all dapat rezeki melimpah dari ALLAH dan terus bayar gedebuk, dats special case. Ingat!!! Hidup tak semudah dan seindah yang disangka (bagi mereka yang berhutangggggg credit card)....
"Macam mana nak bayar kalo duit dah abeh bayar benda lain...huarghhhh????".... Hahh kan dah bagitau awal-awal, berbelanja ikut kemampuan. Kalau diri hanya mampu beli kereta Myvi, jangan berangan nak beli BMW plak. Jangan sebab nak  bermewah-mewah pakai branded things dan gadget2 yg mantops, sanggup berhutang sana sini. Biar papa asal bergaya. DON'T!!!

"Tapi kalo harga barang tu mahal dan melebihi had gaji, camne pulak. Confirm kena interest jugak"... Tak tak tak....Ermm nak tanya sket, u all pernah dengar tentang easy payment n zero interest. Sekarang ni dah banyak tempat apply benda tu. Kedai letrik, henpon, kedai emas n macam-macam lagi. For example, u beli TV kat SenHeng RM3000 then u pilih samada nak bayar dalam tempoh 6bulan, 12bulan atau 24bulan. Kalo u nak bayar dalam tempoh 12bulan (RM3000/12 = RM250/month). Mudahkan, bayar sikit jer pastuh takde interest. Ble dapat points dari credit card dan juga SenHeng....Bijak kan!!
Psssttt nak share sket, untuk kita2 je tau. Hihihii...Ni kisah Honey time baru dapat credit card dulu. Sangat eksaited u know. Pastuh sangat takut dengan kisah-kisah orang muflis dengan credit card. So Honey buat apa, tiap kali pas swipe, balik umah bukak M2U, then terus setelkan bayaran. Even jumlah tu sikit jer, cepat-cepat bayar balik. Rasa lega jer pastu... hahahaa zaman kanak-kanak dulu.

Tapi kan tu satu cara untuk berdisiplin jugak tau. Atlest sentiasa alert akan jumlah semasa utang credit card tu. Kalo u all nak folo camnih ok gak, apa salahnya. Tapi agak leceh la. Better pas dapat statement terus bayar semua. Sediakan dwet siap2 untuk credit card. Manage ur monthly expenses. So far setahun guna credit card tak pernah lagi kena interest atau yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah.

Kepada yang ada Credit Card tu, use bebehhh...use it. Nikmati ganjarannya. Jangan takut-takut. Honey tau ramai yang ada tapi takut nak guna, nak kuarkan time emergency jer. Rugi la klo macam tu bcoz u all takkan dapat points. Yup, im da points hunter...hikhikkkk.

Untuk yang kaki shopping tu hati-hati tau. Kalau tak boleh manage baik gunting jer kad ajaib tu dan buang ke laut, bagi ikan makan. eh2...hahahaa
So kepada yang belum ada credit card, apply cepat-cepat, banyak benefits tau. Tapi kalau tau diri tidak mampu untuk berdisiplin, baik batalkan hasrat tu. Sebab u all akan merana kelak. Ingat lagi!!! Its not about card, but ur behavour. Jangan salahkan KAD AJAIB tu, tapi salahkan diri anda sendiri!

Apa Kata Honey: Orang Yang Sangat Cool adalah Orang Yang Bayar Guna Credit Card. Peace =))



Wednesday, December 14, 2011

Cantik Pada Nilaian Lelaki

Assalamualaikum... =))

Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.
Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.
Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.
Tetapi awas!!!
Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.
Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.
Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.
Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.
Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.
Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.
Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.
Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.
Kerana apa?!
Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.
Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.
CANTIK
Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak.
Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?
Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.
Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.
Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.
Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.
Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.
Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.
Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.
MATANG
Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.
Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.
Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.
Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.
Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.
Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!
Source: MyIlham


Apa Kata Honey: Definisi cantik berlainan untuk setiap insan....=)




WORDLESS Wednesday #3 | Istikharah

Assalamualaikum... =))





ApaKataHoney: Menanti Sebuah Jawapan Pada Istikharah.... =D





Tuesday, December 13, 2011

Bila Kita Bicara Soal hati

Assalamualaikum... =))

Bila kita berbicara soal hati, hati itu ada pelbagai rasa yang mana kadang-kala sukar untuk ditafsirkan dan sukar untuk dimengertikan. Manusia selalunya tertipu dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan. Perasaan itu kadangkala akan menipu akal dan fikiran. Kadangkala kita merasakan sesuatu yang ada di depan mata kita itu adalah yang terbaik. Dan kita juga sering berprasangka apa yang kita ada itu tidak cukup dan tidak baik.
Namun, hanya Allah saja yang lebih mengetahui apa yang terbaik sedangkan kita tidak. Perasaan di hati kita itu juga adakalanya membuat kita kebingungan, kegelisahan, kerisauan, kegusaran dan sebagainya yang membuatkan kita resah dan tidak senang duduk. Sehinggakan kita terduduk menangis memikirkan kegundahan perasaan yang wujud itu.
Hati dan perasaan memang ada dalam setiap diri manusia. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita semua menjaga hati itu supaya ia selari dengan akal dan fikiran kita. Jika terlalu mengikut perasaan dan kata hati, kita juga bisa mati. Akal fikiran dan pertimbangan yang baik sahaja dapat memandu kita kepada satu jalan yang betul. 
Oleh itu, marilah kita muhasabah diri kita sendiri. Terlalu banyak kekhilafan diri. Saya juga selalu berteka-teka dengan hati, perasaan, akal dan fikiran sendiri. Kadang-kadang kita juga menjadi bingung hanya kerana perasaan sendiri. Kita juga sering berasa tidak pasti dengan diri sendiri. Semuanya kerana diri ini sendiri. Jadi tadahlah tangan, berdoalah pada Allah mintak dipelihara dan dikawal hati yang kian kegelapan.

" Sesungguhnya didalam jasad manusia ada seketul daging, seandainya ia baik maka baiklah anggota badannya, seandainya ia rosak maka rosaklah anggota badannya, ketahuilah! Ianya hati "( HR: Bukhari & Muslim )

Apa Kata Honey: Hati kita bukan milik kita, bukan milik siapa-siapa. Hati adalah milik mutlak ALLAH SWT.....=)




Thursday, December 8, 2011

Ku Tlah Jatuh Cinta

Assalamualaikum...=)

Fuhhh tajuk tu takble blah langsung. Macam lagu Agnes Monica lak... Heheheee... Actually entry ni bukan nak bagitau Honey dah jatuh cintan kat sape. Mesti laju je u all klik kan. Iskk suke sangat gosip-gosip ni..Hehehe =p

Tapi ada la berkaitan dengan cinta-cinta sket. U all tau tak ni soalan glamer yang selalu diajukan kepada Honey (skema lak, macam karangan BM paper 2 SPM):

"Honey, bf takde ke?? Mustahil la.. Tak percaya la"

"Orang cantik macam ni takkan takde bf lagi kot. Honey jual mahal sangat ni....." 

"Bila nak kawen Honey???"

"Tak pernah jatuh cinta ke Honey???"

Hahahaa... Mesti u all pun pernah kena tanya macam ni kan. Tapi kat sini Honey bukan nak menjawab all these thing. Just nak share satu benda yang mungkin akan menjawab sket setiap persoalan yang bermain di minda anda semua...

Ni dia....... OST Ketika Cinta Bertasbih - Haramkah... You can see da lyric. Dats my answer...=)

OST Ketika Cinta Bertasbih - Haramkah
Haram haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar

Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandangan pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirimu
Tak mungkin hatiku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Dimata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku

Aku hanya ingin cinta yang halal
Ingin dia tentu atas izinnya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta ku menanti cinta

Suka part ni " Aku Hanya ingin cinta yang halal, Di mata dunia juga akhirat"... So kesimpulannya cinta yang halal hanya cinta selepas nikah. So jangan tanya lagi kenapa belum ada BF. Bukan jual mahal or watsoeva. Tapi setia menanti jodoh yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT untuk diri ini. Kalau boleh salurkan Cinta hanya kepada Lelaki yang yang telah menyebut "Aku Terima Nikahnya....." untuk anda. 


Entry ni lebih kurang je dengan my previous entry : PILIHAN HATI HONEY


Apa Kata Honey: CINTA sebelum Nikah boleh. Tapi COUPLE sebelum Nikah tu yang tak boleh.... =)




Wednesday, November 23, 2011

Ultras Malaya sambut Harimau Muda di LCCT

Assalamualaikum... =))

Ni kesinambungan dari cerita Honey, Malaysia Juara Sukan Sea 2011. Pas raikan kemenangan di 'Stadium Hakim', Honey n all da comrades lepak-lepak sat wif Joe Flizzow. Hahhh ble tengok bideo ni, Joe Flizzow yang sangat cool chant with all da comrades. B4 tu nak promot gak yang ringtone untuk Selamanya tu dah boleh dimuat turun dari henpon anda. Hihihihiiii

Ok back to da topic, dalam kol 2pagi kitorang sampai kat LCCT. Time tu dah ramai orang kat sana, budak-budak ni siap chants lagi. Memang meriah gilerrr pagi tu. Rugi sapa tak join...

Actually kitorang dikhabarkan players akan sampai dalam kol 3pagi. Dats y sume bergegas pegi LCCT tu. Tapi tetiba lak dorang kena buat ujian doping, iskkkk teruk tul indon ni. Tapi takpe, layan jer. So terpaksa la extend almost 2hours. Kira pukul 5pagi dorang sampai la (hasil maklumat di pesbuk)

Budak-budak ni pun still semangat lagi. Continuously chant, salute laaaa. Then tetiba lak my fren got message from datuk, inform yang hero-hero kita tu akan sampai kol 7pagi. Adoiiiiiiiii makin lambat lakkkk. Dahlaaa kena pegi keja. Iskkkkkk... Tapi alang-alang dah sampai sini, tunggu je la..

Kitorang pegi lepak-lepak McD dulu, Honey memang dah ngantuk giler time tu. Nak makan pun tak larat da. Then pegi surau rest-rest jap while waitin for Subuh. =)

Dalam kol 6pagi tu, LCCT bergema lagi dengan Ultras Malaya chants. Makin meriah, dorang macam dah jadi artis lak, ramai yang amek gambo n bidoes. Makin semangat la budak-budak tu. Kihkihkihhh




Then dalam kol 7.30pagi everyone dah ready, bus FAM pun dah sampai. Begitu juga dengan wakil-wakil media. Suma tak sabar nak jumpa ours Harimau Muda. Honey pun sama, nak jumpa Abang Manis Fakri. Kahkahkahkahhhh...


Finally dalam kol 8 lebih, players pun kuar sambil disambut oleh rakyat Malaysia yang berbangga dengan kemenangan Footbal Sea Games 2011. Ada yang tarik player, nak amek gambo skali, nak bersalam-salaman, berhug-hug n macam-macam aksi lagi. Apapun Honey wanna wish, Congrats everyone!!!!!!!!!!!!! Alhamdulillah.....  =)






Nak ulasan yang lagi besh, u all ble klik sini

Credit pic:

Apa Kata Honey: Hanya tengok adek-adek Harimau Muda dari jauh, malas nak pegi bersesak-sesak. Lagipun non muhrim, takble nak salam-salam. Huhuhu =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters